Pengalaman Maria bukan luar biasa, kata Nur Jazlan

Pengalaman Maria bukan luar biasa, kata Nur Jazlan

Timbalan menteri itu berkata pakaian dalam dilarang kerana ia boleh dijadikan alat mencederakan diri.

nur-jazlan_maria_sosma_6001
PETALING JAYA:
Layanan yang diberikan terhadap Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah ketika ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma baru-baru ini adalah sebahagian daripada prosedur biasa (SOP), menurut Datuk Nur Jazlan Mohamed.

“Beliau hanya melalui SOP normal oleh polis dan ini menunjukkan dia tidak menerima apa-apa layanan istimewa,” timbalan menteri dalam negeri itu memberitahu FMT.

Semalam, Maria yang ditahan dari 18 ke 28 November di sebuah lokasi rahsia mendedahkan 8 pegawai Cawangan Khas bergilir-gilir menyoal siasat beliau sepanjang hari, selain dipaksa berjalan ke bilik soal siasat dengan gari dan memakai kaca mata hitam.

Beliau juga dilarang memakai pakaian dalam dan ia menimbulkan keadaan tidak selesa kerana semua penyiasat adalah lelaki.

Maria disiasat selepas dituduh mendapat dana luar negara untuk menjalankan aktiviti menentang kerajaan.

Nur Jazlan menjelaskan selain pakaian dalam, seseorang tahanan juga dilarang memakai tali pinggang, tali leher dan pakaian lain yang dibimbangi boleh dijadikan alat mendatangkan kecederaan.

“Kamu boleh mencekik diri kamu dengan pakaian dalam kerana ia boleh dijadikan tali,” katanya.

Nur Jazlan berkata Maria tidak akan dihalang daripada menceritakan pengalamannya ketika ditahan kerana apa yang dilaluinya adalah biasa.

Maria Chin dilarang pakai coli, seluar dalam ketika ditahan

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.