
Sultan Sharafuddin menganugerahkan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) yang membawa gelaran Datuk kepada Haron, mursyidul am PAS yang meninggal dunia di Amerika Syarikat pada September lepas.
Anugerah itu disampaikan Sultan Sharafuddin kepada anak keempatnya, Najmi Haron, 36, sempena hari keputeraan ke-71 di Istana Alam Shah semalam, menurut Bernama.
“Tuanku Sultan memang merancang untuk menganugerahkan anugerah ini kepada
ayah saya sejurus selepas pulang menerima rawatan di Amerika, tetapi Allah mengambilnya lebih awal.
“Namun, saya rasa bersyukur sebab dapat menerima anugerah ini bagi pihak ayah saya atas pengorbanannya memartabatkan Islam di negara ini,” kata Najmi dipetik Bernama.
Sementara itu, Farah menerima darjah kebesaran Ahli Kegemilangan Sukan Selangor (A.K.S.).
“Baginda adalah penyokong kuat sukan dan anugerah ini menaikkan semangat
para atlet seperti saya,” katanya kepada Bernama.
Atlet lain yang menerima anugerak A.K.S. termasuk pemenang pingat emas lontar peluru Sukan Paralimpik 2016, Muhammad Ziyad Zolkefli, pemain tenpin bowling kebangsaan Shalin Zulkifli, pelumba basikal negara Mohd Rizal Tisin dan atlet terjun kebangsaan, Chew Yiwei.