
“Anda berada di barisan hadapan. Anda adalah orang pertama bertemu pelancong. Jika anda baik mereka pasti akan kembali.
“Ini adalah satu sebab mengapa Pulau Pinang berapa pada kedudukan teratas pelancongan antarabangsa.
“Jika anda melayan pelancong dengan baik, mereka akan berasa gembira dan mahu datang lagi,” katanya, merujuk kepada kedudukan Pulau Pinang dalam CNN Travel’s No. 2 sebagai salah satu destinasi pelancongan terkenal di dunia 2017.
Lim bertemu 1,291 pemandu teksi Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang pagi ini di mana beliau menyampaikan insentif tunai tahunan daripada kerajaan negeri.
Kerajaan memberikan insentif wang tunai RM600 kepada pemandu teksi selama 4 tahun.
Lim juga berjanji kerajaan akan terus memberi insentif tunai kepada pemandu teksi.
Pengusaha bas sekolah juga diberi insentif yang sama.
Jumlah insentif tunai tahun ini ditanggung negeri adalah RM703,000.
Pada majlis itu, Lim turut menyampaikan anugerah kepada pemandu teksi Muhammad Yusof Chik, 48, yang memulangkan RM1,000 kepada penumpang di terminal bas Sungai Nibong pada November tahun lepas.
Penumpang yang menaiki teksi Yusof tertinggal beberapa barangan, termasuk tunai.
Pemandu kemudian mengembalikan wang serta barang-barang, dan tindakannya menjadi viral di media sosial.
Yusof berkata beliau terharu dengan anugerah khas daripada negeri dan tidak pernah menjangkakan tindakannya itu menjadi buah mulut orang dan mendapat pujian daripada kerajaan negeri.