2 wartawan masih ditahan di Gua Musang, 16 Orang Asli dibebaskan

2 wartawan masih ditahan di Gua Musang, 16 Orang Asli dibebaskan

Dua wartawan CNA dibawa ke Pejabat Hutan (Jajahan Kelantan Selatan) di Gua Musang untuk siasatan lanjut.

orangaslitangkap
PETALING JAYA:
Dua wartawan Channel NewsAsia (CNA) ditahan Jabatan Perhutanan Kelantan kerana didakwa membuat liputan secara langsung ketika pihak berkuasa merobohkan sekatan dilakukan Orang Asli di Gua Musang.

Turut ditahan ialah 16 Orang Asli, termasuk Setiausaha Jaringan Kampung Orang Asal Kelantan (JKOAK), Mustafa Along di tapak sekatan itu, pada awal pagi tadi.

Bagaimanapun, Mustafa mengesahkan 16 Orang Asli termasuk dirinya sudah dibebaskan Jabatan Perhutanan Kelantan kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Beliau berkata, 2 wartawan yang masih ditahan ialah warga tempatan, Jules Ong serta Chitoo yang bekerja untuk stesen televisyen kabel Singapura.

Ketua Biro CNA di Malaysia, Melissa Goh melalui Twitternya memaklumkan Ong ialah penerbit TV bebas yang dilantik CNA untuk menghasilkan dokumentari mengenai penebangan hutan di Kelantan.

“CNA mendapat tahu beliau ditangkap berdasarkan laporan media Malaysia. CNA yang beroperasi di seluruh Asia akan bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana siasatan rasmi,” kata Jabatan Komunikasi Korporat CNA dalam satu kenyataan rasmi susulan penahanan itu.

orangasli121

“Semua Orang Asli yang ditahan Jabatan Perhutanan di sekatan Betau Cawas dibebaskan sebaik sahaja aktiviti meroboh sekatan kepada pembalak selesai dilakukan.

“Bagaimanapun, 2 wartawan CNA sudah dibawa ke Pejabat Hutan (Jajahan Kelantan Selatan) di Gua Musang untuk siasatan lanjut.

“Kami juga dinasihatkan Jabatan Perhutanan supaya berhenti melakukan sekatan,” katanya kepada FMT.

Mustafa berkata, ketika ini, Jabatan Perhutanan Kelantan giat merobohkan sekatan bagi membolehkan pembalak memasuki kawasan hutan.

“Esok mungkin mereka akan meroboh sekatan di Pos Pasik pula,” katanya.

orangasli12131

Ketua Biro CNA di Malaysia, Melissa Goh melalui Twitternya memaklumkan Ong ialah penerbit TV bebas yang dilantik CNA untuk menghasilkan dokumentari mengenai penebangan hutan di Kelantan.

“CNA mendapat tahu beliau ditangkap berdasarkan laporan media Malaysia. CNA yang beroperasi di seluruh Asia akan bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana siasatan rasmi,” kata Jabatan Komunikasi Korporat CNA dalam satu kenyataan rasmi susulan penahanan itu.

Semalam, 5 Orang Asli dari kawasan pedalaman Gua Musang ditangkap Jabatan Perhutanan Kelantan kerana membina sekatan menghalang pembalak memasuki kawasan terbabit.

Pada 29 November lalu, 47 Orang Asli dari Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah di Gua Musang ditahan pihak berkuasa kerana melakukan sekatan bagi mempertahankan tanah adat mereka.

Namun, seminggu selepas dibebaskan, kumpulan itu kembali melakukan sekatan ke-2 pada 20 Disember lalu.

Sementara itu, peguam hak asasi Orang Asli, Siti Kasim ketika dihubungi berkata, beliau kini berada di Gua Musang dan berusaha membebaskan mereka yang ditahan pihak berkuasa.

Orang Asli ugut lebih banyak sekatan jika Kelantan tidak akur

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.