Pelajar tingkatan 5 maut jatuh bumbung pusat beli-belah

Pelajar tingkatan 5 maut jatuh bumbung pusat beli-belah

Mangsa dipercayai keluar dari rumah untuk ke sekolah tetapi pergi ke pusat beli-belah dan naik ke bahagian bumbung sebelum terjatuh.

jatuh-bangunan
IPOH:
Seorang pelajar lelaki tingkatan 5 maut dipercayai terjatuh dari bahagian bumbung sebuah pusat beli-belah yang terletak berhadapan sekolahnya di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, mangsa berpakaian sekolah, terjatuh bersama beg sekolahnya.

“Mangsa dipercayai keluar dari rumah untuk ke sekolah tetapi pergi ke pusat beli-belah dan naik ke bahagian bumbung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan ke atas mangsa mendapati tiada kesan lebam di tangan atau badan selain tiada saksi yang melihat kejadian.

“Siasatan melalui pihak sekolah tidak memperoleh sebarang maklumat. Ibu dan bapa mangsa berpisah tetapi masih berhubung dan mereka mengatakan mangsa tiada masalah,” katanya.

Sum berkata pihak polis mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pusat beli belah itu untuk membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.