SPRM siasat tender bekal alat gimnastik Sukan SEA KL

SPRM siasat tender bekal alat gimnastik Sukan SEA KL

SPRM sedang meneliti maklumat berhubung dakwaan berkenaan.

azambaki-sukanseakl2017
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat isu dakwaan tender pembekalan peralatan gimnastik untuk Sukan SEA 2017 yang dipercayai wujud unsur penyelewengan dan salah guna kuasa.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pihaknya juga sedang meneliti maklumat berhubung dakwaan berkenaan.

“Pihak saya akan meneliti dan siasat dahulu perkara ini sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya kepada Bernama.

Menurut laporan yang disiarkan semalam, berdasarkan satu siasatan dalaman yang dijalankan, dipercayai terdapat elemen rasuah dan salah guna kuasa berhubung permohonan serta kelulusan tender tersebut.

Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA buat kali ke-6 yang berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos nanti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.