
Perdana menteri berkata pencemaran tidak terkawal membawa kesan kepada kawasan persekitaran masjid yang begitu unik kerana menjadi titik pertemuan antara Sungai Klang dan Sungai Gombak.
“Pencemaran tidak terkawal membawa kesan kepada sungai kita dan pembangunan juga telah mengurangkan daya tarikan kawasan persekitaran ini.
“Sehinggakan ada laporan bahawa tidak sesuai berjalan di sepanjang tebing sungai,” katanya dalam catatan Facebooknya malam tadi.
Najib berkata jika dibandingkan dengan bandaraya maju lain seperti New York, Paris dan Korea Selatan, kawasan sepanjang perairan dan sungai begitu meriah dengan aktiviti ekonomi dan riadah oleh pelancong serta keluarga.
“Pelbagai inisiatif dilaksanakan dan banyak lagi usaha perlu dipertingkatkan untuk memulihkan semula kebanggaan kita ini.
“Insya Allah saya akan meneliti perkara ini dalam masa terdekat,” katanya.