Universiti Sukan pertama akan dibina di Terengganu

Universiti Sukan pertama akan dibina di Terengganu

Taman Ilmu Tembila Besut akan dijadikan lokasi pembinaan universiti tersebut kerana ia dilengkapi bangunan serta kemudahan infrastruktur yang lengkap.

khairy-universitisukan
DUNGUN: Tawaran kerajaan negeri Terengganu untuk membina universiti sukan pertama di Malaysia disambut baik oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata cadangan tersebut akan diusulkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memandangkan ia berada dalam bidang kuasa kementerian tersebut.

“Terima kasih kepada Menteri Besar dengan tawaran itu kerana dari dahulu kita menginginkan sebuah universiti sukan setelah adanya sekolah sukan.

“Tiada masalah diwujudkan di Terengganu jika ada tawaran tanah, cuma untuk pembinaan perlu datang daripada KPT,” kata Khairy kepada pemberita selepas mengadakan dialog dengan pelajar dalam Siri Jelajah Transformasi Nasional 2050 (TN50) Peringkat Zon Timur di Dewan Aspirasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) semalam.

Terdahulu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif menawarkan tapak di Taman Ilmu Tembila, Besut untuk dijadikan lokasi pembinaan universiti tersebut memandangkan ia dilengkapi bangunan serta kemudahan infrastruktur yang lengkap.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.