WAO: Ramai wanita senyap selepas didera cara bukan fizikal

WAO: Ramai wanita senyap selepas didera cara bukan fizikal

Mereka tidak mendapatkan bantuan kerana tidak tahu penderaan sebegini boleh diambil tindakan.

wao_wanita_600
KUALA LUMPUR:
Penderaan psikologi merupakan kes paling banyak berlaku terhadap wanita, tetapi kebanyakan mereka tidak membuat laporan polis ataupun mendapatkan rawatan, kata Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dalam laporan yang dikeluarkan hari ini sempena Hari Wanita Sedunia.

Laporan bertajuk “Perspektif Mengenai Keganasan Rumahtangga” itu mengenai keganasan rumahtangga yang lazimnya dikaitkan dengan penderaan psikologi, melibatkan kes yang dikumpul sejak 2 tahun lalu.

Menurut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, penderaan psikologi termasuklah mendatangkan ketakutan dengan ugutan, mengancam dengan keganasan, merosakkan harta benda dan mengurung mangsa.

WAO berkata 93% kes keganasan rumatangga mendapatkan perlindungan daripadanya pada 2015 dan 2016, dan dilaporkan mereka menderita secara psikologi.

Ia menunjukkan lebih ramai wanita yang mengalami penderaan psikologi yang teruk tanpa mengalami penderaan fizikal.

Mereka tidak pernah mendapatkan bantuan kerana mereka tidak sedar yang mereka boleh membuat laporan polis atau mendapatkan rawatan, kerana mungkin tidak terfikir penderaan jenis ini boleh diambil tindakan ke atas pelakunya.

Ada juga wanita yang mendapatkan bantuan polis diberitahu tidak banyak dapat dilakukan kerana tiada tanda kecederaan fizikal.

WAO mahu pindaan dibuat ke atas Akta Keganasan Rumahtangga 2012, supaya definisi keganasan rumahtangga dikembangkan dan turut melibatkan penderaan psikologi termasuk kecederaan emosi.

Menurut WAO, walaupun tanpa penderaan fizikal, wanita boleh membuat laporan polis dan menuntut Perintah Perlindungan Interim.

Mangsa juga harus dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat dan seterusnya dibawa ke hospital untuk pemeriksaan mental mereka.

Antara Januari dan Oktober tahun lalu, terdapat 4,000 kes keganasan rumahtangga termasuk kecederaan fizikal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.