Hadi: Saya tak pernah kata PAS hanya mahu kuasai negeri tertentu

Hadi: Saya tak pernah kata PAS hanya mahu kuasai negeri tertentu

Cuma pada dasarnya PAS mahu mencapai kemenangan di 40 kerusi dan PAS akan menjadi satu penentu dalam arena politik negara.

hadi-awang_umno_pas_6new_00
CYBERJAYA:
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyangkal berita yang tular di media sosial yang menyatakan beliau mengeluarkan kenyataan yang partinya hanya mahu menguasai negeri tertentu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan selebihnya diberikan kepada Umno.

“Saya tidak pernah buat kenyataan seperti itu… perkara yang akan datang, kita tidak tahu sama ada 10 negeri atau tiga negeri itu keputusan pilihan raya, kita tidak boleh buat keputusan sebelum pilihan raya,” katanya dipetik Bernama.

“Cuma pada dasarnya PAS mahu mencapai (kemenangan) untuk 40 buah kerusi dan PAS akan menjadi satu penentu dalam arena politik negara… itu yang sangat penting,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Profesional Malaysia, di sini hari ini.

Kini, PAS mengetuai Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin sejak PRU 1990. Di Dewan Rakyat, PAS mempunyai 14 kerusi pada masa sekarang. PAS juga sebahagian daripada barisan kerajaan negeri Selangor.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.