Kayveas mahu tanding di Cameron Highlands, kerusi dipegang MIC

Kayveas mahu tanding di Cameron Highlands, kerusi dipegang MIC

Kayveas berkata, Cameron Highlands bukan kerusi selamat dan oleh itu, beliau akan pergi ke kawasan itu untuk menyelamatkannya.

M.-Kayveas-ppp
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia, (MyPPP), Tan Sri M. Kayveas membayangkan untuk bertanding di kawasan Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan kawasan yang dipilihnya ialah Cameron Highlands yang merupakan tempat asalnya.

Bagaimanapun Kayveas berkata, beliau akan menyerahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) sama ada MyPPP atau parti komponen BN lain yang akan diberi peluang untuk bertanding di kawasan berkenaan.

“Cameron Highlands bukan merupakan kerusi selamat, jadi saya akan pergi ke sana untuk menyelamatkannya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi myPPP di Wisma MyPPP di sini hari ini.

Beliau turut melaungkan kesediaan untuk menyahut cabaran calon lain dalam pertandingan sihat tanpa menjejaskan strategi BN memenangi kawasan tersebut.
Kerusi Parlimen Cameron Highlands kini dipegang bekas presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel yang memenanginya pada PRU13.

Pada PRU13, Kayveas bertanding atas tiket BN-PPP di kerusi Dewan Undangan Negeri Pasir Bedamar, Teluk Intan, Perak namun tewas kepada Terence Naidu V. Raja (DAP) dengan 13,037 undi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.