SPRM pantau tauke ketum, anggota penguat kuasa

SPRM pantau tauke ketum, anggota penguat kuasa

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki memberitahu pihaknya sudah ada petunjuk, dan sedang mengumpulkan maklumat dan bukti.

azam
PETALING JAYA: Pihak yang mengusahakan bisnes daun ketum dengan perlindungan anggota agensi penguatkuasaan dipantau rapat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siri tangkapan secara agresif melibatkan kes-kes profil tinggi sejak akhir tahun lepas.

SPRM sudah mengenal pasti beberapa suspek yang menerima wang perlindungan daripada pengusaha-pengusaha daun ketum.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki memberitahu The Star, pihaknya sedang mengumpulkan maklumat dan bukti.

“Kami sudah ada petunjuk. Berikan kami sedikit masa untuk bertindak.”

“Mereka yang didapati terlibat termasuk anggota penguatkuasaan akan berhadapan dengan tindakan undang-undang,” katanya.

Laporan itu menambah, penguasaha daun ketum berani menjalankan perniagaan itu kerana anggota-anggota agensi penguat kuasa mengambil sikap ‘tidak tahu’

“Kami ada sebab untuk mengesyaki sebab sesetengah pegawai menerima antara RM150 dan RM500 setiap bulan sebagai sogokan tidak diambil tindakan ke atas mereka,” kata laporan itu memetik sumber.

Di bawah Akta Racun, perniagaan daun ketum adalah satu kesalahan. Pihak berkuasa kini mempergiatkan operasi membanteras daun ketum.

Kelmarin, Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Perlis menahan 4 warga Thai dan 2 penduduk tempatan yang positif dadah serta seorang tauke ketum dalam operasi bersepadu di Wang Kelian dan Pos Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Padang Besar.

Semasa operasi ke atas sebuah rumah di Taman Wang Kelian yang dijadikan pangkalan mendapatkan bekalan ketum, 11 warga Thailand yang bekerja sebagai pemandu motor tambang berada di rumah itu dan empat daripada mereka positif syabu.

Pihaknya turut merampas 68 bungkus air ketum dan lima kilogram daum ketum.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.