
Dalam jawapan bertulis kepada soalan Ramkarpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses ekstradisi Sirul rumit kerana ia melibatkan undang-undang dan dasar negara lain.
Ramkarpal ingin tahu kenapa kerajaan menghentikan proses mengekstradisi Sirul dari Australia.
“Usaha kerajaan untuk membawa pulang Sirul bagi untuk menjalani hukuman mati menyentuh isu hak asasi manusia.
“Mengikut triti ekstradisi, dokumen permohonan ekstradisi perlu dinyatakan hukuman yang akan dikenakan ke atas penjenayah tersebut,” menurut jawapan bertulis itu.
Sirul melarikan diri ke Australia sebelum Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari 2015 mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan beliau dan seorang lagi bekas komando polis, Azilah Hadri kerana membunuh Altantuya Shaariibuu pada 2006.
“Australia salah satu negara yang tidak menyokong pelaksanaan hukuman mati dan tidak diterima masyarakat di sana.
“Atas dasar itu, kerajaan masih mengkaji kaedah terbaik untuk menangani isu tersebut.”
Altantuya, 28, yang mempunyai 2 anak lelaki, dibunuh pada Oktober 2006.
Beliau dikatakan ditembak 2 kali di kepala, sebelum dibalut dengan bahan letupan gred tentera yang menyebabkan tubuhnya berkecai dalam hutan di pinggir Kuala Lumpur. Motif pembunuhannya masih tidak diketahui.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/10/21/kerajaan-perlu-sahkan-ekstradisi-sirul-kata-peguam-keluarga-altantuya/
Akhirnya, pembunuh Altantuya di Australia terima dokumen mahkamah