Rapid hampir 60% siap, Aramco suntik dana dalam setahun

Rapid hampir 60% siap, Aramco suntik dana dalam setahun

Rahman Dahlan berkata kerajaan menjangkakan dalam masa setahun Aramco akan mulakan pelaburan tersebut atau memasukkan kewangan mereka.

rahman
SHAH ALAM:
Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor sudah hampir 60% siap manakala syarikat Saudi Aramco akan menyuntik dananya dalam setahun lagi, kata Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, pada peringkat awal Petronas menggunakan dana sendiri kerana Saudi Aramco belum menyuntik dana ke dalam projek itu.

“Saya nak maklumkan di sini projek di Pengerang itu sudah berjalan. Sekarang ini dekat 60% fizikalnya (siap) tanpa kita menunggu pelaburan daripada Saudi Aramco.

“Saudi Aramco memang kita jangkakan dia datang penghujung pembangunan ini. Kita jangkakan dalam masa setahun mereka akan mulakan pelaburan tersebut atau memasukkan kewangan mereka,” kata beliau selepas Persidangan Tahunan Peneraju Profesional CFA di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Pada 28 Februari lalu, Saudi Aramco dan Petronas memeterai perjanjian pelaburan bernilai AS$7 bilion.

Di bawah perjanjian itu, Saudi Aramco, syarikat petroleum dan gas asli nasional Arab Saudi, akan membangun dan menguruskan loji penapisan minyak di Pengerang di bawah projek Rapid.

PM: Pelaburan Saudi Aramco AS$7 bilion bukti Malaysia tak muflis

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.