Anwar lawat Azizah di Kampung Baru

Anwar lawat Azizah di Kampung Baru

Bekas ketua pembangkang itu dibenarkan menziarahi isterinya sehari selepas dimasukkan ke hospital.

anwar-ibrahim
Sumber: Malaysia Dateline
PETALING JAYA:
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dibenarkan melawat isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang kini dirawat di Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC), menurut portal berita Malaysia Dateline.

Laporan itu berkata Anwar tiba pada jam 2.00 petang dikawal ketat oleh pihak keselamatan Penjara Sungai Buloh.

Semalam, Dr Wan Azizah, 64, tidak dapat hadir di Dewan Rakyat dan sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, selepas dimasukkan ke hospital.

Menurut setiausaha politiknya, Rodziah Ismail, keadaan presiden PKR itu tidak membimbangkan.

“Bagaimanapun atas nasihat doktor, pelawat terpaksa dihadkan kepada keluarga terdekat sahaja.

“Ia untuk memberikan beliau ruang secukupnya untuk berehat dan bersama keluarga tersayang,” katanya.

Anwar kini sedang menjalani hukuman 5 tahun penjara, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan liwatnya pada Februari 2015.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.