Pilihan raya negeri awal Sabah masih dalam kajian

Pilihan raya negeri awal Sabah masih dalam kajian

Kata Zahid, Datuk Seri Najib Razak juga belum memutuskan keputusan sama ada mahu mengadakan pilihan raya umum atau negeri di Sabah lebih awal.

zahid-hamidi
PETALING JAYA:
Keputusan mengadakan pilihan raya umum negeri Sabah lebih awal masih dalam kajian Barisan Nasional (BN) pusat dan negeri, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.

Menurut timbalan perdana menteri, ini kerana keputusan itu bukan sahaja perlu melihat senario politik di Sabah, sebaliknya perlu mengambil kira Malaysia secara keseluruhannya.

“Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak juga belum memutuskan keputusan sama ada mahu mengadakan pilihan raya umum atau negeri di Sabah lebih awal.”

Utusan Online memetik timbalan pengerusi Barisan Nasional berkata, apa yang penting, implikasi positif perlu diberi perhatian sebelum melaksanakan pilihan raya.

Zahid yang mengadakan lawatan kerja sehari ke Sabah hari ini turut merasmikan secara serentak mesyuarat cawangan-cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kota Marudu di Dewan Komuniti Kota Kinabalu, hari ini.

Pada Februari lalu, Zahid berkata, kajian perlu dijalankan terlebih dahulu sekiranya kerajaan Sabah mahu mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan daripada pilihan raya umum.

Katanya, perkara itu akan dibincangkan dengan Najib Razak selaku pengerusi BN.

“Saya berfikir kita harus terbuka untuk melakukan beberapa kajian dan analisis jika kerajaan negeri Sabah memutuskan untuk mengadakan PRN lebih awal.

“Tentunya Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mempunyai alasan kukuh jika mahu mencadangkan perkara itu (pilihan raya awal),” katanya.

Desas-desus tersebar sejak awal tahun ini yang Sabah mungkin mengadakan pilihan raya umum negeri secara berasingan dan lebih awal daripada Pilihan Raya Umum ke-14.

Pilihan raya mengejut Sabah kelebihan untuk BN?

TPM yakin Sabah ada alasan kukuh minta pilihan raya negeri awal

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.