
Setiausahanya, Datuk Hanafi Mamat berkata, Umno Kelantan yakin siasatan terhadap ketua wanita berusia 69 tahun itu tidak akan menjejaskan parti.
“Dalam kes ini individu terbabit masih lagi menjawat jawatan ketua wanita Umno bahagian dan kita akan melihat hasil siasatan sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sambutan Hari Umno ke-71 di Bangunan Umno Negeri di sini, hari ini.
Khamis lepas, SPRM mengambil keterangan bekas timbalan presiden Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) yang juga ketua wanita Umno bahagian di negeri ini, berhubung dakwaan kes penyelewengan dana pada pilihan raya kecil Parlimen Rompin pada 2015.