
Pengerusinya Datuk Seri Dr R Santhara Kumar berkata Malaysia perlu berdepan cabaran hubungan etnik melalui wacana ilmu, untuk menafsir program dan dasar nasional secara rasional, objektif, bijaksana dan bertanggungjawab.
“Persoalan hubungan etnik perpaduan dan intergrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan lancar tanpa sebarang gangguan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
PKR berharap wacana seperti itu dapat mewujudkan pemikiran yang berpegang kepada prinsip serta memupuk semangat patriotik, “bagi mengekalkan kesejahteraan antara pelbagai kaum.”
Pada 17 Februari lalu, pelajar Lalitha Sudeshna melalui Facebook mendakwa seorang pensyarah di Fakulti Pendidikan UM bersikap rasis dengan melarang beliau dan rakannya duduk bersebelahan atas alasan orang India meniru tugasan masing-masing.
Bagaimanapun, pada 21 April lalu, pensyarah berkenaan dilaporkan membuat permohonan maaf secara lisan dan bertulis kepada pelajarnya itu.
Santhara berkata sebagai seorang ahli akademi, pensyarah terbabit seharusnya peka terhadap sensitiviti perkauman dan bukannya mengeluarkan perkataan “rasis” terhadap pelajarnya.
“Ini bukan cara pemikiran yang moden dan matang,” katanya. “Perbuatan seumpama ini hanya akan menconteng arang terhadap imej dan integriti pensyarah sebagai seorang pendidik.”
Tambahnya, sentimen perkauman hanya mewujudkan salah faham, menimbulkan pandangan serong dan rasa tidak puas hati dalam kalangan kaum.
“Ini juga akan membuktikan negara Malaysia gagal dalam menyatupadukan penduduknya dan ini akan menjadi lebih teruk. Ini bukan kes pertama yang menyentuh sentimen perkauman,” katanya.
Pautan:
Pensyarah mohon maaf kepada pelajar India, kes selesai, kata UM