Jauhi ajaran sesat, titah Sultan Selangor

Jauhi ajaran sesat, titah Sultan Selangor

Sultan Selangor mahu umat Islam beriman kepada Sunnah Wal Jamaah.

Sultan-Selangor,-ajaran-sesat,-masjid,-Islam
RAWANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan kumpulan ajaran sesat, susulan laporan sebanyak 15 kumpulan dilabel ajaran sesat bergiat aktif di negeri itu.

“Beta berharap umat Islam tidak terpengaruh dengan ajaran sesat ini dan menguatkan hati dan iman terhadap ajaran Sunnah Wal Jamaah yang sebenar,” titahnya ketika Majlis Perasmian Masjid Perodua, Sungai Choh, di sini.

Sultan Selangor bertitah supaya semua pihak bertanggungjawab memastikan institusi masjid sentiasa aktif sekaligus dapat mengekang aktiviti ajaran sesat.

“Peranan pegawai agama dan pegawai masjid amat penting dalam memastikan akidah umat Islam terjaga daripada ajaran sesat,” katanya.

Januari lalu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berikrar memantau kuliah di semua masjid negeri itu bagi memastikan penceramah tidak menyimpang daripada ajaran Sunnah Wal Jamaah, mahupun menyampaikan ceramah berunsur keganasan atau di luar bidang tauliah mereka.

 

Jais pantau masjid kekang ajaran sesat, ceramah berunsur keganasan

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.