Yayasan OrphanCARE selamatkan 261 bayi sejak 2008

Yayasan OrphanCARE selamatkan 261 bayi sejak 2008

Pengerusi yayasan itu, Faizah Mohd Tahir berkata, 160 daripada bayi itu diambil keluarga penyayang sebagai anak angkat, sementara 97 bayi dibawa pulang ibu kandung mereka selepas sesi kaunseling.

Faizah-Mohd-Tahir-OrphanCARE-(OC)
KUALA LUMPUR: Seramai 261 bayi yang ditinggalkan berjaya diselamatkan Yayasan OrphanCARE (OC) sejak ia mula beroperasi pada 2008.

Pengerusi OC, Tan Sri Faizah Mohd Tahir berkata, 160 daripada bayi yang diselamatkan itu diambil keluarga penyayang sebagai anak angkat, sementara 97 bayi dibawa pulang ibu kandung mereka selepas sesi kaunseling.

“OC percaya kanak-kanak dan anak yatim tidak seharusnya berada di institusi seperti rumah anak yatim dan perlu membesar dalam suasana kekeluargaan,” katanya dalam ucapan yang dibacakan Pemegang Amanah OC, Datuk Elya Lim Abdullah semasa upacara mengutip derma Hi-Tea OrphanCARE hari ini.

Turut berangkat ialah Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom selaku penaung yayasan itu.

Faizah berkata, OC berfungsi memberi perlindungan, ketenangan dan keselesaan kepada ibu yang tidak berkahwin serta membantu menyatukan kanak-kanak dengan keluarga kelahiran mereka.

Sementara itu, acara tersebut juga menyaksikan pelancaran laman web baharu OC http://orphancare.org.my untuk meningkatkan agenda kerajaan bagi institusi kanak-kanak untuk berada dalam penjagaan berasaskan keluarga.

Acara tersebut berjaya mengumpul RM191,000 melalui jualan tiket, sewa gerai dan sumbangan yang akan membantu dalam menganjurkan program dan aktiviti seperti “baby hatch” dan khidmat pengambilan anak angkat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.