
Polis tidak menolak ia serangan pengganas, dan setakat ini menganggarkan kira-kira 10 terbunuh.
Letupan berlaku ketika bintang remaja Amerika Syarikat, Ariana Grande, membuat persembahannya di Manchester Arena.
Seorang saksi memberitahu BBC beliau melihat kira-kira 30 orang tersungkur di atas lantai. Konsert itu dipercayai dihadiri ramai remaja dan kanak-kanak.
Polis turut menutup stesen Victoria di Manchester.
Letupan dipercayai berlaku kira-kira 10.40 malam waktu UK (kira-kira 6.40 pagi waktu Malaysia).
Ariana kini dalam siri jelajah di Eropah. Manchester Arena merupakan stadium tertutup terbesar di bandar raya itu yang dapat memuatkan 18,000 penonton.