
Perkara itu ditetapkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohamad Nasrudin Mohamed pada 9 pagi tadi.
Peguam, Hisyam Teh Poh Teik mewakili warga Vietnam Doan Thi Huong, 28, mengesahkan perkara itu dan berkata kedua-dua tertuduh akan dibawa ke mahkamah pada hari berkenaan.
Siti Aisyah, 25, dari Indonesia dan Doan didakwa bersama 4 lagi yang masih bebas, membunuh Kim Chol, 45, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 9 pagi 13 Februari lepas.
Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pada 30 Mei lepas, Mahkamah Majistret Sepang memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan permohonan Pengarah Pendakwaan Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi berdasarkan Seksyen 177A Kanun Prosedur Jenayah.
Pengakuan mereka akan direkodkan semasa sebutan semula kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana hukuman mati di bawah bidang kuasa mahkamah itu.
Jong Nam dilaporkan berada di klia2 pada 13 Februari untuk menaiki penerbangan ke Macau, apabila 2 wanita mendekatinya lalu menyapu mukanya dengan cecair beracun yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX.
Jong Nam yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. Beliau datang ke Malaysia pada 6 Februari.