Perpustakaan Singapura diarah lebih cermat selepas kontroversi buku Melayu

Perpustakaan Singapura diarah lebih cermat selepas kontroversi buku Melayu

Buku yang dikeluarkan daripada simpanan itu mempunyai kulit depan kanak-kanak berkopiah memegang senapang.

nlb-book
PETALING JAYA: Lembaga Perpustaan Negara Singapura (NLB) menurunkan 8 judul Bahasa Melayu dalam simpanannya selepas kandungan buku tersebut dikhuatiri sensitif dan boleh memecah belahkan masyarakat.

Salah satu daripada buku itu menunjukkan gambar kulit depan kanak-kanak berkopiah sambil tersenyum memegang senjata api.

“Sebagai sebuah masyarakat pelbagai budaya dan kaum, kami tidak akan bertolak ansur dengan bahan yang merendahkan mana-mana kaum dan agama atau yang menggalakkan sikap tidak toleran dan kekerasan,” kata kenyataan Kementerian Komunikasi dan Maklumat yang dipetik akhbar The New Paper, yang semalam melaporkan beberapa judul yang mengundang rasa tidak selesa di kalangan pengguna.

Kementerian itu turut mengarahkan NLB mengkaji balik proses saringan sebelum menerima buku.

Judul berbahasa Melayu yang dikeluarkan diterbitkan di bawah siri “Agama, Tamadun Dan Arkeologi”, setiap satunya menumpukan agama dan tamadun, dan diletakkan di bahagian buku non-fiksyen untuk pembaca muda.

Sebelum ini, NLB pernah mengeluarkan beberapa judul selepas menerima aduan ia bercanggah dengan nilai kekeluargaan dan moral.

Antaranya ialah sebuah buku mengisahkan kehidupan pasangan lesbian, dan satu lagi mengenai kehidupan berpasangan 2 ekor penguin yang melahirkan anak di Zoo New York.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.