Malaysia Airlines dalam rundingan beli 35-40 pesawat jarak jauh

Malaysia Airlines dalam rundingan beli 35-40 pesawat jarak jauh

Malaysia Airlines berminat membeli Boeing 787-9 atau Airbus A330-900neo, kata CEO Peter Bellew.

Peter Bellew
PARIS:
Malaysia Airlines di peringkat awal rundingan dengan Airbus dan Boeing untuk membeli 35-40 pesawat jet jarak jauh baru, kata ketua pegawai eksekutifnya hari ini.

Peter Bellew memberitahu Reuters syarikat penerbangan Malaysia yang sudah distrukturkan semula itu berminat untuk membeli pesawat Boeing 787-9 atau Airbus A330-900neo, tetapi belum yakin kedua-dua syarikat pembuat pesawat itu sedia menawarkan harga dan jadual penyerahan yang diingini.

Sementara itu Malaysia Airlines akan membawa masuk 6 pesawat Airbus A330 terpakai, yang ditawarkan pada harga yang menarik, katanya di pameran udara Paris Airshow.

Pembelian tersebut berlaku ketika syarikat penerbangan itu belum mampu memenuhi kapasiti keperluan jangka masa pendek dan pengembangan seperti ada tidaknya slot kedua di Shanghai, China.

“Kami cuma perlu ke sana,” kata Bellew.

Beliau berkata demikian selepas bersetuju menjadikan tempahan untuk 10 pesawat Boeing 737 MAX 8 kepada 737 MAX 10 yang baru dilancarkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.