Nenek 73 tahun lulus ujian JPJ, dapat lesen memandu

Nenek 73 tahun lulus ujian JPJ, dapat lesen memandu

Nenek tersebut pernah gagal ujian memandu 4 Oktober lalu namun ia tidak melemahkan semangat beliau untuk terus berusaha hingga akhirnya berjaya.

Fatimah-hassan
Kredit gambar: Laman FRONT DESK
fmt-ohsem-inside-article1Kita biasa membaca berita dan laporan mengenai kejayaan yang tidak mengenal usia.

Terbaru di Kuala Nerus, Terengganu seorang warga emas wanita, Fatimah Hassan berusia 73 tahun akhirnya lulus ujian memandu kelolaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan kini memiliki lesen memandu.

Nenek tersebut pernah gagal dalam ujian memandu 4 Oktober lalu namun itu tidak melemahkan semangat beliau untuk terus berusaha hingga berjaya.

“Syukur kepada Allah S.W.T, saya berasa sangat gembira, tidak tahu bagaimana hendak gambarkan kegembiraan ini, seolah-olah satu beban berat yang saya pikul sebelum ini hilang dengan tiba-tiba apabila pihak JPJ memberitahu saya lulus ujian.

“Anak nombor 5 saya sanggup mengambil cuti kerja untuk menemani… memberi semangat kepada saya”, katanya seperti dipetik Bernama.

Baguslah begitu, yang penting anak-anak pun menyokong usaha warga emas ini yang sekaligus memberi motivasi kepada kita untuk tidak putus asa dalam berusaha dan melaksana sesuatu.

Selain anak nombor 5, anak-anak lain juga menelefon dan memberi kata-kata perangsang kepada beliau agar melakukan yang terbaik semasa ujian.

Fatimah juga berterima kasih kepada JPJ yang banyak membantunya semasa menjalani ujian memandu dan pengajarnya Roslan Mansur, 60, yang tidak pernah jemu mengajarnya sehingga berjaya mendapatkan lesen memandu.

Jadi ingatlah, kalau nenek ini boleh melakukannya, apatah lagi anda yang masih muda.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.