
Katanya, penurunan ini akan dinikmati golongan berpendapatan rendah iaitu M40 atau isi rumah yang berpendapatan di bawah RM9,000 ke bawah.
Kadar cukai untuk banjaran pendapatan bercukai RM20,001-RM35,000 kini turun daripada 5% kepada 3%, dan RM35,001-RM50,000 pula turun kepada 8%.
Bagi banjaran pendapatan bercukai dalam lingkungan RM50,001-RM70,000, kadar cukai diturunkan daripada 16% kepada 14%.
Pada Bajet 2017, Najib mengumumkan pelepasan sehingga RM1,000 diberi kepada pembayar cukai inidividu hantar anak 6 tahun ke bawah ke taman asuhan dan pra-sekolah berdaftar.
Najib pada tahun lalu turut mengumumkan pelepasan cukai diberikan kepada individu untuk pembelian bahan bacaan, komputer dan peralatan sukan digabungkan sebagai pelepasan cukai gaya hidup.
Najib berkata, penurunan 2% ini akan meningkatkan lagi pendapatan boleh-guna rakyat antara RM300 dan RM1,000.
“Ini bermakna, dianggarkan sejumlah RM1.5 bilion lebihan pendapatan boleh digunakan dan dibelanjakan rakyat. Dengan langkah ini juga, lebih 261 ribu orang kini tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan,” katanya.
Sebelum ini, Pengarah Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Samsuddin Bardan pernah menggesa kerajaan menghapuskan had pelepasan cukai pendapatan individu dalam Bajet 2018.