Hina nabi: Belia 4B buat laporan polis terhadap pengguna Facebook

Hina nabi: Belia 4B buat laporan polis terhadap pengguna Facebook

Kenyataan Asiah Abd Jalil dibimbangi boleh memesongkan akidah umat Islam kerana status itu mendapat sokongan pembaca.

report-polis-fb-laptop
KUANTAN: Gerakan Belia 4B Kawasan Kuantan hari ini membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook bernama Asiah Abd Latif berhubung kenyataannya yang didakwa menghina keperibadian dan keluarga Nabi Muhammad.

Pengerusi Mohd Jalaludin Fikri Jamal berkata kenyataan Asiah yang disedarinya pada pukul 9.40 malam, 12 November lalu berhubung hak wanita itu juga dibimbangi boleh memesongkan akidah umat Islam kerana status itu mendapat sokongan pembaca.

“Sebagai seorang Islam, dia (Asiah) tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sebegitu yang menghina Nabi Muhammad dan membangkitkan kemarahan serta mengguris perasaan umat Islam di negara ini.

“Dia juga dilihat memanipulasi surah dan hadis,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini pada pukul 12.30 tengah hari ini.

Turut membuat laporan ialah Anggota Jawatankuasa (AJK) Gerakan Belia 4B Kawasan Kuantan Ahmad Faizal Hazizan dan kedua-dua mereka mahu supaya tindakan diambil terhadap Asiah.

Asiah didakwa memuat naik status di akaun Facebooknya pada pukul 8.29 malam, 12 November lalu yang mendakwa wanita Islam sering ditakutkan dengan buruknya status janda di sisi masyarakat sejak zaman nabi.

Pada kenyataan itu, Asiah juga menyentuh ayat 128 surah An-Nisa’ dan ayat 5 surah At-Tahrim.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.