Jabatan Integriti tidak jejas fungsi SPRM

Jabatan Integriti tidak jejas fungsi SPRM

SPRM akan terus memastikan tadbir urus agensi kerajaan bebas daripada isu penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa dari semasa ke semasa.

sprm
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mewujudkan unit pemantauan khas untuk terus memantau isu penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa di agensi kerajaan berisiko tinggi, sederhana dan rendah.

Dalam satu kenyataan, SPRM berkata Pegawai Integriti Bertauliah SPRM akan digantikan oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di unit integriti agensi kerajaan selaras dengan keputusan kerajaan untuk menubuhkan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) baru-baru ini.

“Selaras dengan fungsi pencegahan bawah akta SPRM, SPRM akan terus memastikan tadbir urus agensi kerajaan bebas daripada isu penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa dari semasa ke semasa,” katanya.

SPRM juga menegaskan penubuhan JITN tidak sama sekali menjejaskan fungsi dan tanggungjawab SPRM dalam usaha memerangi rasuah untuk memastikan agensi kerajaan bebas daripada isu penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.