
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata Farid Kamil atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 37, akan dituduh mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan.
“Kes dirujuk kepada Pengarah Perundangan Negeri Selangor dan diarahkan dituduh mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mengada-adakan keterangan palsu,” katanya kepada pemberita.
Beliau ditemui selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan ibu pejabat polis Selangor, dirasmikan Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor di sini, hari ini.
Pada 4 Feb lepas, Farid Kamil membuat laporan polis menyatakan dirinya dianiaya 3 rakan artis didakwa mencemarkan minumannya dengan dadah sehingga mendorongnya berkelakuan ganas.