Peladang Sabah ikrar sokong BN

Peladang Sabah ikrar sokong BN

Pertubuhan Peladang Sabah (PPNS) berkata kerajaan BN bekerja keras meningkatkan pendapatan para peladang dan rakyat.

Free Malaysia Today
Ketua Menteri Musa Aman (tengah) di majlis PPNS di Sandakan. Pengerusi Nazri Abdullah (kiri) berkata mereka akan menyokong BN.
KOTA KINABALU:
Ahli Pertubuhan Peladang Sabah (PPNS) akan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional (BN), kata Pengerusi Datuk Mohd Nazri Abdullah hari ini.

“Ini adalah ikrar ahli-ahli Pertubuan Peladang di Sabah kerana kami mengingat jasa dan kebaikan Kerajaan BN yang sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan rakyat termasuk golongan petani dan peladang.

“Tiada kerajaan lain selain BN yang telah terbukti sentiasa mencari jalan dan usaha untuk meningkatkan pendapatan isi rumah rakyatnya terutama anggota peladang.

“BN adalah satu-satunya kerajaan yang mengutamakan keperluan rakyat dan mahu rakyat terus bergerak maju dan menikmati kemakmuran ekonomi negara”, katanya pada mesyuarat agung tahunan ke-15 PPNS Sandakan.

AGM turut dihadiri Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

Nazri, yang juga timbalan pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) berkata pihaknya menghargai dokongan kerajaan pusat, termasuk peruntukan sekali beri sebanyak RM30,000 kepada setiap pertubuhan peladang kawasan (PPK) dan persatuan nelayan kawasan (PNK) membabitkan dana RM7 juta.

Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.