Roket direhatkan, kini kerja sukar buka ‘mata’ pengundi tegar DAP

Roket direhatkan, kini kerja sukar buka ‘mata’ pengundi tegar DAP

Kebanyakan penyokong warga emas Cina sudah terbiasa dengan simbol roket, dan DAP berusaha mendidik mereka bagaimana memangkah kertas undi kali ini.

Free Malaysia Today
Lambang Roket yang sudah sebati dengan penyokong tegar DAP, direhatkan pada PRU ini.
PETALING JAYA:
Kebimbangan terbesar bagi DAP pada pilihan raya akan datang adalah sama ada warga tua Cina yang secara tradisionalnya menyokong parti itu kini menyedari mereka perlu memangkah logo “mata” PKR di kertas undi mereka.

Penyandang Parlimen Klang dari DAP, Charles Santiago, memberitahu FMT, masih banyak kerja yang perlu dilakukan untuk menyalurkan maklumat berhubung perubahan logo.

Beliau berkata pengundi warga tua mungkin keliru kerana ketiadaan simbol roket DAP pada kertas undi.

“Mereka sudah terbiasa dengan roket,” katanya. “Jadi kita perlu bekerja keras untuk mendapatkan mereka.”

Beliau berkata Pakatan Harapan (PH) sudah memberikan maklumat yang relevan di Klang dan beberapa kawasan pilihan raya lain, tetapi menambah banyak lagi yang perlu diselesaikan.

“Dalam tempoh 3 minggu sebelum pengundian, kami akan berjumpa rakyat berhubung isu ini,” katanya.

Ditanya mengenai kekhuatirannya mengenai Klang, kerusi yang dimenanginya dengan majoriti besar dalam 2 PRU sebelum ini, Santiago berkata kebimbangan utama adalah berkaitan persempadanan semula pilihan raya.

“Kebimbangan terbesar saya adalah mengenai pengundi yang tidak pasti di mana mereka akan mengundi kerana persempadanan semula itu,” katanya.

Beliau merujuk kritikan terhadap persempadanan semula itu yang menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya memihak kepada Barisan Nasional (BN).

“Sudah jelas Umno mahu Selangor menjadi teruk,” katanya, sambil menambah kemenangan BN di negeri ini akan meningkatkan reputasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam partinya.

“Untuk mendapatkan kedudukan yang kukuh di dalam Umno, dia perlu mendapatkan majoriti 2/3 di Parlimen dan mendapatkan kembali Selangor. Ini akan menjadikan kepimpinannya dalam parti tidak boleh dipertikaikan.”

Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.