
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata kementeriannya hanya bertanggungjawab menyediakan laporan forensik untuk diserahkan kepada polis.
“Ini adalah kes polis, laporan itu adalah untuk polis dan kami tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kes ini,” katanya selepas menghadiri majlis perasmian Institut Kanser Negara (IKN) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam kejadian kira-kira 6 pagi Sabtu lepas, Batash, 35, ditembak mati ketika berjalan ke surau dekat kondominiumnya di Jalan Meranti, Setapak, untuk menunaikan solat subuh.
Sementara itu, Dr Subramaniam berkata, IKN yang mula beroperasi pada 2013 merupakan usaha kerajaan untuk menawarkan rawatan intensif yang berkualiti kepada penghidap kanser dengan kos lebih rendah.
“IKN satu-satunya pusat kanser yang dilengkapi mesin ‘Novalis’ bernilai RM22 juta dan kos rawatan menggunakan mesin ini di hospital swasta adalah RM40,000, tetapi di IKN, pesakit hanya perlu membayar RM12 untuk mendapatkan rawatan dan kos selebihnya akan disubsidi kerajaan.”
Pensyarah universiti dari Palestin maut ditembak ketika ke surau