
“Nasihat saya ialah buangkanlah kipas kertas itu dan berjalanlah dengan tegak supaya nampak lebih ‘assertive’ dan ‘confident’,” tulisnya dalam penulisan blog yang menyasarkan Dr Mahathir dan mempersoalkan dakwaan kehadiran ramai di program ceramah PH.

“Entah apa yang hendak dikipas atau adakah beliau cuba menutup mukanya kerana malu? Biar apa pun alasannya, jika hendak menjadi Perdana Menteri, kipas itu kenalah dibuang terlebih dahulu.
“Itu pun, saya masih tidak dapat membayangkan bagaimana beliau akan menjadi Perdana Menteri. Beliau bukanlah material untuk jawatan itu,” tulisnya yang berkhidmay sebagai ketua hakim negara selama setahun dari 2007 ke 2008.
Hamid turut mempersoalkan kehadiran ramai di ceramah Putrajaya dan Langkawi.
Sambil menyifatkan Dr Mahathir sebagai seorang “tua yang sudah buang tabiat”, beliau menganggarkan ramai yang hadir pada ceramah bekas perdana menteri di Langkawi adalah dari luar pulau itu, sementara mendakwa ramai yang hadir di program pembangkang di Putrajaya adalah bukan di kalangan penjawat awam.
Sebaliknya, Hamid berkata mereka mungkin warga Indonesia kerana cara pemakaian dan perwatakan mereka.
“Kelihatan beribu orang yang hadir, hampir kesemuanya lelaki, berumur 20an atau awal 30an, memakai baju T tanpa kolar dan seluar jeans, masing-masing membawa colok dan menjerit ‘reformasi’ semasa Tun Dr Mahathir berucap.
“Bagi saya, itu bukan rupa dan sifat orang Putrajaya. Orang Putrajaya adalah penjawat awam, kebanyakannya dalam lingkungan 40an. Jika mereka pergi untuk mendengar ucapan Tun Dr Mahathir pun, saya percaya mereka akan memakai baju kemeja atau, sekurang-kurangya, baju T berkolar, tidak membawa colok, mendengar diam-diam, apatah lagi menjerit ‘reformasi’,” tulisnya dalam catatan blog hari ini.
Malah, Hamid berkata penyokong PH boleh juga terdiri daripada pekerja binaan Indonesia, sambil bersetuju dengan dakwan Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan pembangkang membawa masuk beribu-ribu orang menggunakan berpuluh-puluh buah bas untuk mendengar ceramah di Putrajaya.
Dalam catatannya, Hamid mempersoalkan langkah Dr Mahathir bersama pembangkang, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sekarang beliau (Dr Mahathir) melutut kapadanya dan menggunakan logo PKR untuk melawan Umno dan menjadi perdana menteri sekali lagi,” katanya.
Hamid turut mempersoalkan janji Dr Mahathir sebelum ini untuk mereformasi badan kehakiman.
“Sebenarnya beliaulah Perdana Menteri pertama yang campurtangan dalam kenaikan pangkat hakim-hakim.
“Di samping itu, sudah lupakah kita kisah penyingkiran Tun Salleh Abas?” soalnya, merujuk pemecatan bekas ketua hakim negara pada 1988.