14 ahli Kabinet Dr M angkat sumpah di depan Agong

14 ahli Kabinet Dr M angkat sumpah di depan Agong

Majlis angkat sumpah diadakan 12 hari selepas kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya 9 Mei.

Free Malaysia Today
Gambar Youtube.
KUALA LUMPUR:
Empat belas menteri dalam Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, hari ini, 12 hari selepas kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya 9 Mei.

Majlis angkat sumpah ini berlangsung dalam suasana pasca pilihan raya yang penuh peristiwa yang menyaksikan polis menyerbu beberapa hartanah peribadi yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan membawa keluar barangan mewah bernilai jutaan ringgit yang menggemparkan orang ramai.

Majlis hari ini mengesahkan pelantikan 14 jawatan selepas Dr Mahathir mengangkat sumpah pada 10 Mei:

Timbalan Perdana Menteri, Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan: Dr Wan Azizah Wan Ismail

Menteri Dalam Negeri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Kewangan: Lim Guan Eng

Menteri Pertahanan: Mohamad Sabu

Menteri Pendidikan: Maszlee Malik

Menteri Pembangunan Luar Bandar: Rina Harun

Menteri Hal Ehwal Ekonomi: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Zuraida Kamaruddin

Menteri Pengangkutan: Anthony Loke

Menteri Komunikasi dan Multimedia: Gobind Singh Deo

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Salahuddin Ayub

Menteri Sumber Manusia: M Kulasegaran

Menteri Kesihatan: Dzulkefly Ahmad

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.