Nik Nazmi sasar kerusi majlis pimpinan PKR, sokong Rafizi

PETALING JAYA: Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan dia akan menyertai persaingan merebut kerusi majlis pimpinan pusat (MPP) pada pemilihan parti Ogos ini.

Ahli Parlimen Setiawangsa itu juga mengumumkan sokongan kepada Rafizi Ramli sebagai calon timbalan presiden PKR, yang sekarang disandang Datuk Seri Azmin Ali.

“Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli merupakan orang yang terbaik untuk mengetuai kita.

“Saya juga percaya, sebagai seorang ahli MPP, saya boleh menyokong, membantu serta bersuara bagi dan kepada mereka apabila perlu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat ini, hanya Nik Nazmi, Rafizi Ramli dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan akan bertanding pada pemilihan akan datang.

Azmin, yang juga menteri hal ehwal ekonomi, belum mengumumkan sama ada dia akan mempertahankan kedudukannya atau mencabar Anwar untuk kerusi presiden.

Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin juga belum mengumumkan keputusannya.