Model tertentu Perodua lebih murah selepas SST

Model tertentu Perodua lebih murah selepas SST

Pengarah Urusan Perodua Sales SB, Dr Zahari Husin berkata, berdasarkan struktur cukai baru, hampir semua model Perodua akan menyaksikan harga lebih rendah.

Free Malaysia Today
Perodua menurunkan harga model kereta tertentu antara 1 ke 3% berikutan pengenalan semula SST. (Gambar fail)
KUALA LUMPUR:
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menurunkan harga model kereta tertentu antara 1 ke 3% berikutan pengenalan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) Sabtu lalu.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin, berkata berdasarkan struktur cukai baru itu, hampir semua model Perodua akan menyaksikan harga lebih rendah.

“Kami ingin berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia, terutama 3.3 juta pelanggan yang memilih Perodua sebagai jenama pilihan.

“Kami akan terus menawarkan nilai terbaik di pasaran Malaysia melalui harga baharu kami,” tambahnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.