
TOKYO: Sebuah mahkamah di Jepun hari ini menolak permohonan bagi menghalang Shikoku Electric Power Co daripada memulakan semula satu-satunya reaktor nuklearnya yang masih boleh beroperasi.
Mahkamah Daerah Oita di barat Jepun menolak saman difailkan oleh penduduk daerah tersebut, kata Shikoku Electric dalam satu kenyataan.
Selasa lepas, Mahkamah Tinggi Hirosihima membatalkan injunksi yang dikeluarkan pada Disember 2017 yang memerintahkan Shikoku tidak memulakan reaktor No 3 berkapasiti 890 megawatt di stesen penjana kuasanya di Ikata di selatan Jepun.
Reaktor tersebut ditutup sejak Oktober 2017 untuk tujuan penyelenggaraan berjadual dan akan dimulakan semula berikutan keputusan mahkamah Hiroshima. Unit reaktor lain di stesen itu dijadual dilupus tugas.