
Pernahkah anda berdepan dengan situasi di mana “cakap tak serupa bikin”, itupun dalam hal berkaitan masakan dan rasa makanan?
Baru-baru ini terlalu banyak review makanan sama ada dalam televisyen, artikel di media cetak mahupun media sosial. Tetapi apakah kesemua review yang diberi ikhlas dan tulus.
Bukan apa, baru-baru ini timbul persoalan itu apabila ada netizen yang kesal dengan ulasan makanan sesetengah restoran atau kafe berbeza daripada yang disyorkan oleh pengulas makanan.
Pengguna @hannanrazaini dalam muatnaik Twitter berkata dia mahu mempersoal keikhlasan pengulas makanan yang pernah menjamah di kafe yang disebutkannya kerana memberi ulasan yang tidak betul.

“Siapa ulas M**** Cafe Kajang ni? Saya perlu bercakap (dengan anda),” tulis wanita.
Ramai yang tampil menyokong wanita itu turut mempersoal beberapa ulasan makanan lain daripada pengulas makanan yang sama.
Muat naik tersbeut menerima 2073 kali retweet dan lebih 1,000 tanda “like”.

Beberapa orang berkata, restoran atau kafe yang ditunjuk viral di media sosial tidak menjanjikan keenakan makanan seperti yang di’review’, malah jauh lebih menyimpang.
Manakala selebihnya akui, kebanyakan pengulas makanan dibayar untuk memuji makanan dan menayangkan gambar yang disediakan khas untuk tujuan review. Apabila dilawat, ia bukan seperti mana yang dikongsi atau ditunjukkan di laman sosial.