Sambutan hari jadi anjing peliharaan jadi viral

Sambutan hari jadi anjing peliharaan jadi viral

Oleh kerana ia merupakan satu amalan yang baharu di negara yang konservatif selain bertentangan dengan paksi keagamaan, video tersebut viral atas kedua-dua sebab, positif dan negatif.

Mungkin menjadi sesuatu yang biasa untuk menyambut hari kelahiran haiwan peliharaan bagi kebanyakan penjaga dan pemelihara haiwan generasi moden.

Ramai daripada kita berbuat sama. Kucing dan anjing menjadi haiwan yang paling bertuah kerana sering kali diraikan pada ulang tahun.

Tetapi di Kuwait, perkongsian rakaman video sambutan hari lahir seekor anjing peliharaan mengambil selekoh bertentangan apabila dikecam netizen.

Menurut laporan Stepfeed, sambutan itu dilakukan di sebuah pusat tata rias haiwan peliharaan di Kuwait yang turut menawarkan ruang dan makanan untuk sambutan hari jadi haiwan tersebut.

Video itu menunjukkan rakan-rakan pemilik anjing berkenaan berkumpul sekeliling dan menyanyikan lagu hari jadi sambil menyuap kek cawan kepada haiwan itu.

Oleh kerana ia merupakan satu amalan yang baharu di negara yang konservatif selain bertentangan dengan paksi keagamaan, video tersebut viral atas kedua-dua sebab, positif dan negatif.

Ramai yang mempersoal tujuan di sebalik sambutan dan hala tuju mereka (pemilik haiwan itu) dalam berbuat demikian.

Ada yang mengeluh atas nama agama.

Namun, tidak ketinggalan ramai yang melihatnya sebagai satu penghargaan kepada haiwan yang menjadi teman yang lebih setia daripada manusia sendiri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.