
Saham syarikat Jepun itu, Nippon Sharyo Ltd, mencatatkan kemerosotan dan kerugian 17% pada awal dagangan.
Ketua pasukan siasatan kerajaan Taiwan berkata, kereta api terbabit yang bergerak pada kelajuan hampir 149km sejam, iaitu hampir 2 kali ganda daripada kelajuan ditetapkan, tergelincir di satu selekoh di Yilan, timur laut negara itu, pada 21 Oktober lalu.
Seorang pegawai Nippon Sharyo memberitahu Reuters, syarikat terbabit menjumpai satu kecacatan dalam cetakan biru pendawaian sistem amaran kereta api itu ke stesen kawalan.
Pegawai itu berkata, tiada masalah dengan sistem keselamatan automatik itu sendiri, yang direka untuk berhenti secara automatik apabila kereta api melebihi had laju ditetapkan.
Pemandu kereta api itu memberitahu mahkamah bulan lalu, beliau mematikan sistem kawalan kelajuan.