Kanak-kanak ditahan polis tunggang motosikal dihadiahkan basikal

Kanak-kanak ditahan polis tunggang motosikal dihadiahkan basikal

Rakaman yang mencuit hati netizen melihat kanak-kanak itu bersungguh-sungguh 'menangis' untuk memboloskan diri daripada polis sehingga pihak berkuasa itu sendiri tidak tahu apa yang sepatutnya dilakukan.

Kes ditahan polis apabila menunggang motosikal atas pelbagai sebab sememangnya satu pegalaman yang tidak boleh dilupakan, apatah lagi bagi mereka yang menjadi rutin.

Di media sosial sendiri, banyak video sedemikian dikongsi, paling viral adalah apabila kanak-kanak ditahan polis kerana menunggang motosikal tanpa lesen kerana di bawah umur.

Baru-baru ini juga, satu rakaman video berdurasi 1.06 minit viral apabila pihak polis di Lombok Timur, Indonesia menahan 2 kanak-kanak atas kesalahan yang sama, seorang menunggang dan seorang lagi membonceng.

Namun, video tersebut mendapat perhatian ekoran melihat gelagat kanak-kanak lelaki yang menangis teresak-esak untuk ‘melepaskan’ diri daripada ditahan, motosikal dirampas dan perbuatannya dilapor kepada ibu bapa.

Rakaman yang mencuit hati netizen melihat kanak-kanak itu bersungguh-sungguh ‘menangis’ untuk memboloskan diri daripada polis sehingga pihak berkuasa itu sendiri tidak tahu apa yang sepatutnya dilakukan.

Bagaimanapun dalam perkembangan terbaru, kanak-kanak itu didapati menerima hadiah berupa basikal daripada balai polis Lombok Timur sebagai “amaran” agar tidak lagi menunggang motosikal ke sekolah.

Comel kan?

Ada hikmahnya reaksi kanak-kanak itu dirakam dan viral, untunglah apabila dia memperoleh hadiah basikal sebagai hukuman!

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.