Asia Tenggara sememangnya terkenal dengan tarikan semula jadi yang indah dan sejarahnya yang penuh keunikan.

Misal kata, Angkor Wat di Kemboja, Teluk Halong di Vietnam dan Borobudur di Indonesia, sudah cukup sinomin kerana kemegahan sejarahnya.
Tangan Tuhan dan jambatan emas

Bukan itu sahaja, struktur-struktur bangunan atau rekaan arca buatan manusia yang turut menawan para pengunjung antaranya tangan raksasa yang dibina seolah memegang laluan jambatan bagi pejalan kaki di sebuah bukit di Ba Na berhampiran Kota Danang di Vietnam.
Jambatan Emas, Cau Vang sepanjang 150m yang dibina pada 1,400 meter di atas paras laut yang menawarkan pemandangan hebat kawasan sekitarnya.
Walaupun masih baru dibuka pada Jun lalu, tetapi rekaan dan elemen artistik yang digunakan menjadikan ia kelihatan seperti berdekad lamanya.
Menurut arkitek utama projek itu, ia dibina untuk kelihatan seperti tangan Tuhan menarik keluar jejalur emas dari tanah.
Hutan futuristik berkubah kaca

Dalam pada itu, imej pokok gergasi futuristik dan hutan buatan manusia di bawah kubah kaca pula sebahagian daripada destinasi hortikultur popular di Singapura yang memenangi pelbagai anuegrah 101 hektar sejak dibuka pada tahun 2012.
Pokok gergasi ini berketinggian sekitar 9 dan 16 tingkat tinggi.
Menariknya, anda boleh bersiar-siar di atas jalan yang tergantung di antara pokok-pokok buatan untuk menikmati pemandangan dari atas.
Perjalanan kaki juga akan menemukan anda dengan Kubah Bunga dan Hutan Awan.
Bukan itu sahaja, ia juga menyediakan air terjun buatan manusia tertinggi di dunia dan mempamerkan tumbuhan yang biasanya dijumpai kira-kira 2000m di dalam paras laut.
Patung dewa Hindu kedua tertinggi

Terletak hanya 12km dari ibu kota Kuala Lumpur, Batu Caves adalah tempat yang terkenal dengan patung tertinggi dewa Hindu di Malaysia dan yang tertinggi kedua di dunia.
Patung Dewa Murugan yang terletak di kaki Sri Murugan Perumal Kovil di Batu Caves, siap dibina pada tahun 2006 dan berdiri lebih kurang 42m tinggi.
Terdapat 3 gua batu kapur di kawasan itu, yang semuanya dijadikan rumah kuil Hindu.
Pengunjung perlu menaiki 272 langkah tangga untuk mencapai pintu gua utama.
Masjid dalam lagun

Dinamakan sempena Sultan Brunei ke-28, masjid besar, Masjid Omar Ali Saifuddien yang terletak di Bandar Seri Begawan siap dibina pada tahun 1958.
Bangunan masjid dibina dalam sebuah lagun buatan di tepi Sungai Brunei memiliki menara yang dibuat daripada marmar dan kubah utama bersalut emas.
Masjid itu dikelilingi taman, pokok-pokok dan pancutan air dan salah satu daripada unsur tempatan yang digunakan ialah kegunaan bentuk “kalat” (tali tebal) pada tiang luar masjid.
Sebuah jambatan menghubungkan masjid dengan Kampong Ayer di tengah-tengah sungai Brunei Bangunan yang mengagumkan itu dikelilingi lagun buatan manusia, di mana replika tongkang kerajaan abad ke-16 telah berlabuh di hujung jambatan.