Putrajaya akan keluar laporan penuh nilai pembaharuan PH

Putrajaya akan keluar laporan penuh nilai pembaharuan PH

Perdana menteri berkata, beliau terpaksa bermula daripada bawah semula, selepas PH menawan Putrajaya pada PRU14 lalu.

Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan PH akan mengeluarkan laporan penuh berhubung tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan tahun hadapan.
PETALING JAYA:
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, satu laporan penuh akan dikeluarkan tahun depan bagi menilai keberkesanan penstrukturan semula jentera kerajaan dan cara pengurusan hutang besar.

Perdana menteri berkata, selepas dilantik sebagai perdana menteri buat kali kedua, beliau mendapati “kemusnahan besar berlaku dalam pentadbiran”.

“Saya betul-betul perlu menubuhkan sebuah kerajaan baharu,” katanya sambil menambah ada pihak yang bercadang mensabotaj kerajaan.

Sehubungan itu, katanya, penstrukturan semula dilakukan ke atas beberapa kementerian.

“Sesetengah kementerian perlu mengubah cara kerjanya dalam banyak perkara,” katanya selepas Majlis Makan Malam Dwi Tahunan Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam tempoh 6 bulan ini, Putrajaya berjaya menyusun semula jentera kerajaan melalui kaedah kawalan kerosakan dan akan menilai keberkesanannya dalam laporan penuh itu.

Ahli Parlimen Langkawi itu yakin misi yang terkandung dalam Wawasan 2020 dapat direalisasikan pada 2025.

“Pucuk pimpinan mempunyai idea lain dan kami tidak boleh mencapai matlamat itu sekarang. Disebabkan itu, kami menangguhkannya 5 tahun kepada 2025 untuk mencapai status negara maju.”

Sementara itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada bekas PTD yang membantunya sepanjang 22 tahun menerajui negara sebelum ini.

Beliau menasihatkan PTD sedia ada yang perlu mematuhi arahan kerajaan semasa, supaya berani menolak arahan salah.

“Supaya dapat meletakkan kembali negara ini ke landasan yang asal.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.