
Ini kerana kata Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, prosiding berhuubung perintah injunksi kuil itu akan diadakan pada 11 Januari depan.
“Dari sekarang sampai bulan satu, tidak ada sebarang perobohan akan dilaksanakan dan dengan itu kita akan dapat mengekalkan keadaan kuil tersebut,” katanya di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, pihak yang mahu mempertahankan kuil itu boleh memfailkan rayuan, selepas 3 penganut kuil Hindu itu gagal mendapat kebenaran mahkamah untuk menangguhkan proses pengambilalihan semula tanah oleh pemilik asal, One City Development Sdn Bhd.
Amirudin menolak dakwaan kerajaan negeri akan menggunakan hasil kutipan cukai untuk mengambil alih tanah kuil itu.
“Ia adalah satu perkara yang tidak benar dan kita sedang menilai semula pilihan, termasuk untuk memastikan semua masyarakat India dan kuil itu dapat beroperasi seperti biasa.”
Katanya, kerajaan negeri turut mula berbincang dengan semua pihak terbabit dalam isu penempatan semula kuil itu.
“Ia bagi memastikan mendapat penyelesaian terbaik, termasuk beberapa pilihan yang telah dicadangkan pihak kerajaan negeri bagi penyelesaian kuil ini secara menyeluruh.”