
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata Ibrahim meletak jawatan berkenaan kerana terikat dengan komitmen peribadi.
Ketika dihubungi Bernama bagi mengesahkan perkara tersebut, Ibrahim secara ringkas berkata “bukan dari saya (pengesahan). Saya akur kepada peraturan Bursa. Ia sebuah syarikat senaraian awam”.
Utusan Melayu pada 13 Disember lepas mengumumkan pertukaran jawatan Ibrahim Yahaya daripada pengarah bebas kepada pengarah eksekutif.