Panjang umur dan bernasib baik! Itulah ungkapan yang sesuai bagi seorang murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan, Batang Kali Hulu Selangor selepas selamat daripada dipatuk ular yang dijumpai di dalam laci mejanya.

Kanak-kanak lelaki itu berada di tempat duduknya sejak pagi namun hanya menyedari keberadaan ular tersebut kira-kira 11.50 pagi ketika dia mahu menggunakannya untuk menyimpan buku.
Murid berkenaan dikatakan berasa hairan kerana perasan menyentuh sesuatu yang lembik dan sejuk di dalam laci mejanya.
Apabila dia menunduk untuk melihat apa yang ada di dalamnya, dia terkejut dan segera menjerit dan memanggil guru kelas, sebelum pihak sekolah menghubungi anggota bomba.

Jadi ambillah kejadian ini sebagai iktibar dan ibu bapa nasihatkan anak anda supaya memeriksa dahulu laci meja di bilik darjah setiap pagi.