Seorang lagi ditahan berhubung letupan mercun ketika Thaipusam

Seorang lagi ditahan berhubung letupan mercun ketika Thaipusam

Suspek berumur 25 tahun itu ditahan di sekitar Batu Caves pada pukul 3 pagi tadi dan direman selama 4 hari sehingga Jumaat.

Insiden letupan mercun turut merosakkan 3 kenderaan.
KUALA LUMPUR:
Seorang lagi suspek ditahan berhubung insiden letupan mercun ketika sambutan Thaipusam berhampiran Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Samsor Maarof berkata suspek berumur 25 tahun itu ditahan di sekitar Batu Caves pada pukul 3 pagi tadi.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan adalah 3 individu dan mereka direman selama 4 hari sehingga Jumaat.

“Salah seorang suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau dan polis akan lakukan ujian urin terhadap semua mereka,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata semua 34 individu yang cedera akibat terkena letupan mercun itu dibenarkan pulang.

Pada pukul 1 pagi tadi, polis menahan lelaki berumur 23 tahun yang juga seorang penari dan seorang rakannya berumur 28 tahun bagi membantu siasatan.

Insiden turut menyebabkan 3 kenderaan yang terdiri daripada Nissan Serena, Proton Exora dan Perodua Myvi, mengalami kerosakan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 286 Kanun Keseksaan kerana kelakuan cuai berkenaan dengan benda letupan, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.