Melihat gelagat kucing yang comel pasti membuatkan anda terhibur. Namun berbeza di Salt Lake City, Utah apabila seekor kucing yang bermuka garang pula yang mencuri perhatian netizen di media sosial.

Dengan wajah yang bengis dan seakan ‘marah’ ekoran renungan yang tajam, kucing diberikan nama Pompous Albert kini menjadi bualan ramai.
Malah, kucing yang mempunyai bulu berwarna kelabu dan kelihatan kasar membuatkannya tampak lebih marah.
https://www.instagram.com/p/Br1DMgyH2R0/?utm_source=ig_web_copy_link
‘Populariti’ Pompous Albert bermula apabila orang ramai menggunakan wajahnya sebagai bahan jenaka di laman sosial.
Kewujudannya seperti selebriti terkenal di alam maya.
Kucing yang dibela oleh Mike dan Singleton kini mempunyai 225,000 pengikut menerusi Instagramnya, yang menggunakan namanya sendiri.
Pompous kini ‘bertugas’ sebagai peneman di pejabat perniagaan tuannya .