
Menterinya, M Kulasegaran berkata permohonan menggunakan perkhidmatan tersebut dikhususkan dalam pengambilan pekerja asing.
“Permohonan secara online (atas talian) itu supaya mereka tidak perlu berjumpa atau mendekati kita agar kegiatan rasuah dapat dielakkan.
“Rasuah adalah satu masalah yang besar kepada kerajaan lepas dan kita tidak mahu mendekatinya, sebaliknya mahu menghapuskannya,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Majlis Amanat Tahun Baru 2019 di kementeriannya hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Kula Segaran mahu pegawai kementerian itu bebas rasuah dan mempunyai integriti yang tinggi.
“Agensi penguatkuasa dan kawal selia di bawah kementerian mesti efektif dalam menangani sebarang ketidakpatuhan undang-undang,” katanya.
Beliau turut mahukan pegawai kementerian itu bertindak secara responsif dalam melaksanakan setiap tugasan.
“Sekiranya terdapat permohonan atau kelulusan ditolak hendaklah dijelaskan dengan kadar segera.
“Sebaik-baiknya segala urusan berkaitan maklum balas surat, emel dan permohonan hendaklah dibalas dan dijawab dalam tempoh 48 jam,” katanya.
Kula Segaran turut menyasarkan peningkatan seramai 1 juta pekerja menganggotai kesatuan sekerja menjelang 2020.
“Kesatuan sekerja adalah amat signifikan dalam mewakili kepentingan pekerja dalam pelbagai aspek khususnya kepentingan ekonomi dan sosial pekerja,” katanya.