Firma guaman dakwa main peranan ‘terhad’ untuk Goldman Sachs

Firma guaman dakwa main peranan ‘terhad’ untuk Goldman Sachs

Rahmat Lim & Rakan-rakan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa, tetapi ada dokumen tidak boleh diserahkan kerana keistimewaan antara peguam dan pelanggan.

Rahmat Lim & Rakan-rakan telah memberi kerjasama penuh kepada polis mengikut undang-undang.
PETALING JAYA:
Firma guaman, Rahmat Lim & Rakan-rakan yang diserbu pagi ini berhubung dengan siasatan 1MDB menjelaskan mereka memainkan peranan terhad sebagai peguam untuk Goldman Sachs dalam isu penerbitan bon.

Firma itu berkata ia hanya menyokong sebuah firma guaman British yang jadi peguam utama.

Katanya, atas permintaan polis, mereka telah menyediakan semua dokumen yang tiada keistimewaan antara peguam dan pelanggan.

“Bagaimanapun, kami dilarang oleh undang-undang membekalkan lain-lain dokumen yang dikehendaki.

“Kami telah memberi kerjasama penuh kepada polis dan komited terus berkerjasama dengan mereka mengikut undang-undang,” kata firma itu dalam satu kenyataan petang tadi,

Polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dilihat memasuki pejabat guaman itu pada 10 pagi tadi.

Dilaporkan firma guaman itu mewakili bank pelaburan Goldman Sachs dalam menerbitkan bon bernilai AS$6.5 bilion antara 2012 dan 2013.

Bank itu didakwa mempunyai maklumat tersembunyi di mana 1MDB menaja jamin semua jumlah berkaitan kos, perbelanjaan dan kerugian yang dialami International Petroleum Investment Company (Ipic) dalam satu perjanjian bertarikh 21 Mei 2012.

Ia didakwa tidak memasukkan fakta material berkenaan ahli perniagaan Low Taek Jho yang dikatakan menjadi operator dan pengantara untuk 1MDB.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.